Friday, July 23, 2010

CINTA OH CINTA!!!

aku terbaca sebuah petikan dalam sebuah buku kecil.. sungguh indah dan bagus bagiku dan ingin sekali aku berkongsi sebahagian apa yang telah aku dapati di dalamnya untuk tatapan sahabat kalian..semoga penulis buku ini mengizinkan dan menghalalkan aku mencedok setitis dari ilmunya untuk berkongsi dengan sahabat sekalian. semoga Allah merahmatimu...

Subhanallah, sahabatku sekalian... sesungguhnya Allah itu begitu dekat. Bahkan lebih dekat dari urat leher kita sendiri. Namun, tabir hati kita kerap dipalit jelaga-jelaga dan kotoran-kotoran yang menyelaputi pusat kepimpinan dalam diri kita, iaitu cahaya Ilahi. akibatnya, kita tidak berasa dekat dengan Allah sama sekali.

sahabatku, dalam usaha mendekatkan diri kita kepada Allah SWT banyak dugaan, ujian dan pancaroba yang perlu dilalui... langkah utama yg perlu kita laksanakan adalah berusaha sedaya upaya bagi mengenal Allah. Mengenal allah adalah mutiara yang begitu berharga dalam hidup kita ini.

kita perlu sedar bahawa keindahan cinta yang paling hakiki adalah semasa kita mencintai Allah. Oleh sebab itu, tiang utama yang perlu dibangunkan oeh seorang muslim bagi mengecap keindahan cinta itu adalah dengan mengenal Allah iaitu makrifatullah. Makrifatullah adalah bekal bagi meraih prestasi hidup setinggi-tingginya. Sebaliknya tanpa makrifatullah, tidak mungkinseorang Muslim memiliki keyakinan dan keteguhan hidup.

Orang-orang yang sentiasa berusaha mengenali Allah, jaraknya dengan Allah hanya dipisahkan oleh tabir yang kian menipis. Bagi orang yang dekat dengan Allah, mereka dianugerahi rukyah shadidiqah iaitu pandangan hati yang benar.

Cinta kepada Allah terbit apabila kita sudah benar-benar mengenalinya. Samalah juga seperti orang yang sedang jatuh cinta. Tiada orang yang jatuh cinta dengan begitu sahaja. Tentu ada keistimewaan tersendiri pada seseorang sehingga dia dirindui oleh orang mencintainya. Selepas mengetahui keistimewaannya, orang itu berusaha mengenal dengan lebih mendalam lagi berkenaan ciri-cirinya, kebiasaannya, perilakunya,kegemarannya dan lain-lain. Oleh itu, terbinalah cinta sesama manusia. Begitulah perumpamaan proses mencari cinta manusia, begitu juga dalam proses mencari cinta Ilahi. Terasnya adalah sejauh mana kita mengenali Allah. Bagaimana kita dapat bercambah kecintaan kepada Allah, apabila kita tidak kenal siapa Allah? Bagaimanakah keagungannya, kesempurnaannya dan segala sifat-sifat kemuliaannya? Cinta Allah mula berputik apabila kita mengetahui dan menghayati sifat-sifat kesempurnaannya..

utk makluman sahabat sekalian, petikan ini cuma sebahagian di ambil dari sebuah buku kecil yang saya baca untuk dikongsi dengan sahabat sekalian.., sila merujuk dan membaca buku keluaran Aa Gym yg berjudul " Ingat Tuhan sampai Mati".

Thursday, July 22, 2010

Hikmah disebalik pemberian Allah

Sudah lama aku tidak menulis dan menaip kata-kata puisi nan indah di laman ini. ia ibarat diariku, sebagai tempat meluah kata hati kepada seorang teman.. dan hari ni aku dapat peluang untuk meluah kata hati dan berkongsi sesuatu dengan kalian semua, iaitu mengenai "hikmah di sebalik pemberian Allah SWT"

suatu hari aku meminta kepada Tuhanku setangkai bunga yang segar,
namun Dia berikan aku kaktus berduri,
kemudian aku meminta kupu-kupu yang cantik,
namun diberiNya aku ulat berbulu,
aku sedih dan kecewa,
kemudiannya, kaktus berduri itu berbunga dengan begitu indah sekali,
dan ulat itu telah bertukar menjadi seekor kupu-kupu yang sangat cantik,
Itulah jalan Allah, Indah pada masaNya....

Allah tidak memberi apa yang kita perlukan,
kadangkala kita akan rasa kecewa, sedih dan terluka kerananya...

tetapi jauh di atas sana,
segalanya DIA sedang mengatur apa yang terbaik dalam kehidupan kita,
itulah hikmah yang tersembunyi disebalik pemberian-Nya..