Tuesday, February 7, 2012

Assalamualaikum.... sempena maulid junjungan mulia Nabi Muhammmad SAW. ingin saya berkongsi dengan teman-teman diluar sana tentang detik-detik kelahiran Rasullullah SAW... Pemimpin Umat Manusia Akhir Zaman..

Kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiul Awal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukaramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semester. Kelahiran Baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja di lihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. 

Irhas dibahagikan kepada 3 kategori :
1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak bleh diubah atau dipinda.
2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.
3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad SAW.


Memang diakui, masih terdapat ramai umat Islam yang tidak mengetahui akan peristiwa di sebalik kelahiran Baginda..Untuk mendalami dan mengkajinya, kita harus berusaha untuk mencari dan terus mencari tentang Rasul yang tercinta.. sepertimana yang kita sering lakukan untuk mengenali buah hati kita, begitu jugalah dengan kekasih Allah ini. Masih banyak rahsia yang belum disingkap, semoga perkongsian ilmiah ini sedikit sebanyak dapat membantu diri untuk lebih mengenali Rasullullah SAW Kekasih Allah.


Pertama, semasa Rasulullah SAW di Dalam Kandungan Bondanya, Aminah
- kehamilannya tidak berasa susah seperti ibu2 hamil yang lain.
- kehamilannya hanya disedari ketikamana malaikat datang membawa perkhabaran  ketika tidur, bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan penghulu kepada seluruh umat manusia. 


Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah.
- Allah memerintahkan Malaikat untuk membuka pinti syurga Firdaus dan telah memberitahu  semua penghuni langit dan bumi.
- tanah2 yang kering menjadi subur, pohon2 kayu rimbun dan berbuah lebat.

Ketiga, Peperangan tentera bergajah yang ingin menyerang Kota Makah, meruntuhkan Kaabah. Satu Peristiwa yang tercatat dalam alQuran pada surah al-Fil, yang mana Gajah mengundurkan diri dengan izin Allah, malah sekumpulan burung Ababil datang menyerang dengan membawa batu panas dari Neraka.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Malaikat kemudiannya berdiri dihadapannya dan berkata :" Khabar gembira untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan ia dengan AHMAD ." Keadaan ini telah diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan lahir seorang nabi pada akhir zaman.


Kelima, cahaya yang keluar dari tubuh badan baginda, menyinari ke Istana Busra di Syria.
 
Keenam, di tempat lain pula berlaku satu goncangan yang menyebabkan mahligai Kisra retak dan tiang serinya runtuh.

Ketujuh, Api Sembahan orang Majusi yang tidak pernah terpadam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Peristiwa tersebut telah memeranjatkan seluruh rakyat Parsi dan orang majusi.

Kelapan, dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran Baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Kesembilan, setelah baginda Lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan jin dan syaitan mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Kesepuluh, ketika baginda diasuh oleh ibu susuannya "Halimatus Sa'adiah", ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Subhanallah... masih terlalu banyak perkara-perkara yang luar biasa berlaku yang telah membuktikan kepada kita kemuliaan Baginda Nabi Muhammad SAW di sisi Allah, sekaligus sebagai bukti kerasulan Baginda.

Sesungguhnya, kehadiran Nabi Muhammad SAW membawa rahmat, pemberi syafaat kepada umat manusia di seluruh alam. Baginda adalah Rasulullah yang terakhir diutuskan Allah, Rasullullah Khatimul Anbiya'..

SALAM MAULIDUR RASUL, SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW DAN SELURUH AHLI KELUARGA DAN SAHABAT2 BAGINDA....


Monday, February 6, 2012

SALAM MAULIDURRASUL SAW

 
assalamualaikum...... ahlan wasahlan ? kaifa halukum ?
alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnianya, dapatlah saya mencoret sepatah dua kata sempena hari maulidurrasul ni.... selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

  SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL...
KEHADIRANMU YA RASULULLAH ADALAH SATU RAHMAT BAGI SELURUH MANUSIA DAN UMAT ISLAM, AJARANMU MASIH DITERUSKAN, AGAMAMU TERUS DIPERJUANGKAN DAN DIPERTAHANKAN, MUKJIZATMU MASIH BERKEKALAN TERUS MENJADI PANDUAN, BIMBINGAN, PENGUBAT RINDU KALAMULLAH, MUTIARA HIKMAT BAGI YANG DAHAGAKAN NASIHAT...

YA RASULLULLAH, KEKASIH ALLAH..

AKANKU SEMAT DIHATIKU, DI IMANKU AKAN NASIHATMU DARI SEBUAH HADIS PENINGGALANMU..." TELAHKU TINGGALKAN 2 PERKARA KEPADA UMATKU, SELAGIMANA MEREKA BERPEGANG PADANYA, NESCAYA MEREKA AKAN SELAMAT DAN TIDAK AKAN TERSESAT IAITU ALQURAN DAN SUNNAHKU"...





2012 kini menyingkap tirai...membawa sinar baru sebuah kehidupan..

tahun 2012...
mcm2 perkhabaran telah kudengar tentang tahun 2012 dan tahun 1433 hijriah ni...
apakah ia satu perkhabaran yang benar atau hanya sekadar khabar angin semata-mata... wallahua'lam
hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang tersirat dibumi dan di langit.. sebagai hambaNya yang diciptakan sebaik-baik ciptaan, kita serahkan segalanya kepada Al-Khaliq (Allah SWT), seharusnya kita meyakini dengan hati dan beriman bahawa Hari Kiamat itu pasti, Ajal kematian itu pasti, cuma kita tidak tahu bila ia akan terjadi..Bukankah sudah termaktub dalam rukun iman akan kewajipan kita percaya kepada Hari Kiamat?

Justeru itu, muhasabahlah diri kepada Allah. kembalilah ke pangkal jalan sebelum matahari terbit dari arah barat.. sebelum mata tertutup rapat..