Monday, February 6, 2012

2012 kini menyingkap tirai...membawa sinar baru sebuah kehidupan..

tahun 2012...
mcm2 perkhabaran telah kudengar tentang tahun 2012 dan tahun 1433 hijriah ni...
apakah ia satu perkhabaran yang benar atau hanya sekadar khabar angin semata-mata... wallahua'lam
hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang tersirat dibumi dan di langit.. sebagai hambaNya yang diciptakan sebaik-baik ciptaan, kita serahkan segalanya kepada Al-Khaliq (Allah SWT), seharusnya kita meyakini dengan hati dan beriman bahawa Hari Kiamat itu pasti, Ajal kematian itu pasti, cuma kita tidak tahu bila ia akan terjadi..Bukankah sudah termaktub dalam rukun iman akan kewajipan kita percaya kepada Hari Kiamat?

Justeru itu, muhasabahlah diri kepada Allah. kembalilah ke pangkal jalan sebelum matahari terbit dari arah barat.. sebelum mata tertutup rapat..

Sunday, December 4, 2011

10 wasiat Imam al-Ghazali



"10 wasiat Imam al-Ghazali"

PERTAMA
 Hak Kepada Diri Sendiri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
     
KEDUA
Hak Kepada Malaikat Maut iaitu mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan bagi mati dan merasa cinta kepada Allah.
                       
KETIGA
Hak Kepada Kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata,memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
                      

KEEMPAT

Hak Kepada Munkar Nakir iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA

Hak Kepada Mizan iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

KEENAM
Hak Kepada Sirat iaitu  wara', suka membantu orang beriman, suka berjemaah dan membuang tabiat suka mengumpat.

KETUJUH
Hak Kepada Malik iaitu banyak menangis kerana takut kepada azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibubapa, bersedeqah ketika terang dan sembunyi dan memperelokkan akhlak.

KELAPAN
Hak Kepada Ridhwan iaitu merasa redha kepada qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur kepada nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.

KESEMBILAN
Hak Kepada Rasulullah SAW iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan Sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah SWT.
                       
KESEPULUH
Hak Kepada Allah SWT iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.                       

Hikmah Kalam

KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA ABU BAKAR :

1. Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub krn suatu
perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia
melepaskan perhiasan itu.
2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.
3. Dia berkata kpd para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur
urusan kamu, ttp aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu
maka berilah pertolongan kpdku. Kalau aku bertindak lurus maka
ikutilah aku ttp kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"

SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :

1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan
perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami
di depan pembakar roti.
2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT niscaya tidak akan dapat
dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-
sia apa yang dia kehendaki.
3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad
SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan
kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan
untuk manusia.

SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :

1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan
bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahwa aku menjadi hamba bagiMu.
Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik
sebagaimana yang Engkau cintai.
2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu
diterima daripada banyak beramal, karena sesungguhnya terlalu
sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak
diterima?
3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya
dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada
kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan
kalau tidak ada perhatian untuknya.

UMAR BIN AZIZ :

1. Orang yang bertakwa itu dikekang.
2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.
3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.

SUFFIAN AS THAURI :

1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapak pada perkara syubhat.
2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di
dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar
pada dunia.
3. Menuntut ilmu lebih utama daripada shalat sunat.

IMAM AS SYAFIE :

1. Barangsiapa menghendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu.
2. Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama kecuali dengan
kefakiran dan mencukupi dengan apa yang ada serta redha dengan
keduanya.
3. Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua,
sebab sesudah kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu untuk
mencari pengetahuan.
4. Orang yang berakal itu adalah orang yang akalnya dapat mengawal
segala sifat-sifat mazmumah (sifat keji).
5. Barangsiapa yang menyukai bila Allah menutupinya dengan kebaikan
maka hendaklah dia bersangka baik terhadap manusia.

IMAM MALIK :

1. Ilmu itu bukanlah dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu
adalah cahaya yang Allah letakkan dalam hati.
2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.
3. Wajib bagi orang yang menuntut ilmu untuk memiliki kebesaran,
ketenangan dan ketakutan.

Tuesday, February 8, 2011

AHLAN WA SAHLAN YA - "2011"

assalamualaikum, salam satu malaysia...
Alhamdulillah, sekarang sudah masuk ke tahun 2011, harap2 saya masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU, dan SELAMAT TAHUN BARU CINA buat warga chinese di Malaysia.
Tahun 2011 bersamaan 1432 MaalHijrah..
Syukur Alhamdulilllah hamba panjatkan doa dan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana sehingga ke saat ini Allah S.W.T masih meminjamkan denyutan nadi kepada hamba, masih memberi peluang kepada degupan jantung ini untuk terus berdegup, memberi peluang untuk beribadat tunduk dan patuh kepada segala perintah-Nya, meskipun sudah lumrah seorang manusia yang sering melakukan khilaf samaada secara sedar @ tanpa sedar... bertaubat dan beristighfar memohon keampunan akan dosa2 yang pernah dilakukan.. masih memberi hamba menikmati dan merasai kemanisan nikmat Islam,Iman dan Ihsan tatkala mata masih mampu terbuka di pagi hari menandakan peluang masih diberikan untuk menghargai nikmat hidup yang dipinjamkan sementara ini..
kesyukuran yang dipanjatkan bukan sekadar di lidah semata-mata, namun mesti diiringi dengan perlaksanaan tingkah laku serta hati... hamba teringat pada potongan nasihat yang berbunyi begini untuk kita sama2 RENUNGKAN...
- " kita sering memohon kepada Allah S.W.T. untuk memberi yang terbaik kepada kita, namun pernahkah kita terfikir untuk MEMBERI APA YANG TERBAIK KEPADA ALLAH sebagai BALASAN atas SEGALA KEMURAHAN ALLAH S.W.T terhadap diri kita???? "
- " apakah kita sudah menunaikan janji kita 100% terhadap ALLAH S.W.T sepertimana perjanjian yang dilakukan didalam solat- sesungguhnya solatku, ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah SWT- antara lainnya juga adalah lafaz 2 kalimah syahadah" ..
Dikesempatan ini juga hamba bersyukur dan tidak putus-putus mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana memberi peluang kepada hamba untuk menjadi seorang guru dan ia merupakan satu jalan yang diberikan ALLAH SWT untuk lebih mendekatkan diri hamba kepada-Nya , semoga tugas hamba sebagai guru ini diberkati dan diredhai...AMIIN... semoga hamba dapat memikul tugas AMANAH yang telah dititipkan kepada hamba ini..Insya'Allah
Ya ALLAH, Ya RAHMAN, Ya RAHIIM,.. Jika hamba tersasar dari landasan,selamatkanlah hamba, bimbinglah hamba kerana amanah ini akan disoal-MU kelak, hamba takut kerana kegagalan hamba dalam melaksanakan amanah ini akan membuatkan hamba menderita dan sengsara dengan azab yang amat berat di Akhirat kelak..
Na'uzubillah...
Hari sudah semakin larut malam, hamba akan berhenti di sini terlebih dahulu ye... SO LONG!!! jika ada kesempatan insya'Allah kita jumpa lagi... wassalaam.. selamat malam...wan an..

Friday, July 23, 2010

CINTA OH CINTA!!!

aku terbaca sebuah petikan dalam sebuah buku kecil.. sungguh indah dan bagus bagiku dan ingin sekali aku berkongsi sebahagian apa yang telah aku dapati di dalamnya untuk tatapan sahabat kalian..semoga penulis buku ini mengizinkan dan menghalalkan aku mencedok setitis dari ilmunya untuk berkongsi dengan sahabat sekalian. semoga Allah merahmatimu...

Subhanallah, sahabatku sekalian... sesungguhnya Allah itu begitu dekat. Bahkan lebih dekat dari urat leher kita sendiri. Namun, tabir hati kita kerap dipalit jelaga-jelaga dan kotoran-kotoran yang menyelaputi pusat kepimpinan dalam diri kita, iaitu cahaya Ilahi. akibatnya, kita tidak berasa dekat dengan Allah sama sekali.

sahabatku, dalam usaha mendekatkan diri kita kepada Allah SWT banyak dugaan, ujian dan pancaroba yang perlu dilalui... langkah utama yg perlu kita laksanakan adalah berusaha sedaya upaya bagi mengenal Allah. Mengenal allah adalah mutiara yang begitu berharga dalam hidup kita ini.

kita perlu sedar bahawa keindahan cinta yang paling hakiki adalah semasa kita mencintai Allah. Oleh sebab itu, tiang utama yang perlu dibangunkan oeh seorang muslim bagi mengecap keindahan cinta itu adalah dengan mengenal Allah iaitu makrifatullah. Makrifatullah adalah bekal bagi meraih prestasi hidup setinggi-tingginya. Sebaliknya tanpa makrifatullah, tidak mungkinseorang Muslim memiliki keyakinan dan keteguhan hidup.

Orang-orang yang sentiasa berusaha mengenali Allah, jaraknya dengan Allah hanya dipisahkan oleh tabir yang kian menipis. Bagi orang yang dekat dengan Allah, mereka dianugerahi rukyah shadidiqah iaitu pandangan hati yang benar.

Cinta kepada Allah terbit apabila kita sudah benar-benar mengenalinya. Samalah juga seperti orang yang sedang jatuh cinta. Tiada orang yang jatuh cinta dengan begitu sahaja. Tentu ada keistimewaan tersendiri pada seseorang sehingga dia dirindui oleh orang mencintainya. Selepas mengetahui keistimewaannya, orang itu berusaha mengenal dengan lebih mendalam lagi berkenaan ciri-cirinya, kebiasaannya, perilakunya,kegemarannya dan lain-lain. Oleh itu, terbinalah cinta sesama manusia. Begitulah perumpamaan proses mencari cinta manusia, begitu juga dalam proses mencari cinta Ilahi. Terasnya adalah sejauh mana kita mengenali Allah. Bagaimana kita dapat bercambah kecintaan kepada Allah, apabila kita tidak kenal siapa Allah? Bagaimanakah keagungannya, kesempurnaannya dan segala sifat-sifat kemuliaannya? Cinta Allah mula berputik apabila kita mengetahui dan menghayati sifat-sifat kesempurnaannya..

utk makluman sahabat sekalian, petikan ini cuma sebahagian di ambil dari sebuah buku kecil yang saya baca untuk dikongsi dengan sahabat sekalian.., sila merujuk dan membaca buku keluaran Aa Gym yg berjudul " Ingat Tuhan sampai Mati".

Thursday, July 22, 2010

Hikmah disebalik pemberian Allah

Sudah lama aku tidak menulis dan menaip kata-kata puisi nan indah di laman ini. ia ibarat diariku, sebagai tempat meluah kata hati kepada seorang teman.. dan hari ni aku dapat peluang untuk meluah kata hati dan berkongsi sesuatu dengan kalian semua, iaitu mengenai "hikmah di sebalik pemberian Allah SWT"

suatu hari aku meminta kepada Tuhanku setangkai bunga yang segar,
namun Dia berikan aku kaktus berduri,
kemudian aku meminta kupu-kupu yang cantik,
namun diberiNya aku ulat berbulu,
aku sedih dan kecewa,
kemudiannya, kaktus berduri itu berbunga dengan begitu indah sekali,
dan ulat itu telah bertukar menjadi seekor kupu-kupu yang sangat cantik,
Itulah jalan Allah, Indah pada masaNya....

Allah tidak memberi apa yang kita perlukan,
kadangkala kita akan rasa kecewa, sedih dan terluka kerananya...

tetapi jauh di atas sana,
segalanya DIA sedang mengatur apa yang terbaik dalam kehidupan kita,
itulah hikmah yang tersembunyi disebalik pemberian-Nya..